Tuesday, June 9, 2009

RESIPI

RESIPI : KEK SWISS ROLL
Bahan-bahan

6 biji telur gred A @ B
4oz gula castor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovelet
3oz tepung gandum
1 sudu besar susu tepung
4oz mentega cair
Sedikit coklat emulco
Jem strawberri secukupnya


Cara Membuatnya

1. Telur, gula, ovelet, baking powder, esen vanilla, tepung gandum dan susu tepung dipukul dengan kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit)

2. Masukkan mentega cair, kemudian kacau rata.

3. Asingkan sebahagian daripada adunan tadi (lebih kurang 1 1/4 cwn) ke dalam bekas lain, kemudian masukkan coklat emulco. Kacau rata kemudian masukkan adunan coklat ini ke dalam piping bag.

4. Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya.

5. Paipkan adunan coklat tadi di atas adunan yang diratakan dalam loyang.

6. Lorekkan/corakkan dengan menggunakan lidi dari atas ke bawah.

7. Bakar dalam oven selama 20minit dengan suhu 170darjah celcius.

8. Apabila kek sudah masak terbalikkan ke atas sekiping kertas kemudian sapukan jem sehingga rata.

9. Setelah jem disapu rata, gulung kek tadi perlahan2 sehingga kemas. Siap

MUTIARA KATA

BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,B ANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KRN KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORG CERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DR ORG BODOH YG BANYAK CAKAP
-- Hukama'

SAKURA

MUTIARA KATA

Sempurna ilmu kerana aqal , sempurna agama kerana taqwa , sempurna amal kerana niat dan sempurna kehormatan kerana wibawa ..

-- Hukama'